Wednesday, November 13, 2013

Pendaftaran Pelajar DKM2A Sesi Disember 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Keputusan peperiksaan akan dipaparkan di SPMP pada 21 November 2013.
Perjumpaan Bersama Penasihat Akademik (WAJIP) akan diadakan pada 26 November 2013 (SELASA) bermula pukul 8.00 pagi di kelas.(tempat mengikut budi bicara PA)
Pendaftaran kursus/subjek adalah merujuk carta alir dibawah.
Oleh yang demikian, pada perjumpaan tersebut perlu menyerahkan salinan dokumen berikut kepada PA:
1. Keputusan Keputusan Peperiksaan Semester Lepas.
2. Slip Pengesahan Status Yuran
3. Pendaftaran Kursus melalui spmp.
Kepada pelajar yang 'GAGAL' modul pada semester lepas sila mengisi borang PM02 yang boleh di download dari spmp.
Tarikh tamat pendaftaran adalah pada 29 November 2013 dan kegagalan pelajar mendaftar modul boleh digagalkan keputusan peperiksaannya pada semester tersebut.
Kelas bermula pada 2 Disember 2013.
Jadual pembayaran akan dipaparkan dibawah.
Oleh itu bayaran pada slip bayaran berasingan yang perlu dibayar adalah:
1. Yuran Pengajian - RM 200.00
2. Yuran Pendaftaran SEM 2 - RM 130.00 bagi pelajar yang tinggal di luar KAMSIS.
Kaedah pembayaran boleh mengunakan TIGA kaedah seperti dibawah.
Note:
Sila rujuk laman web http://www.pmm.edu.my/ untuk info terkini atau berhubung kepada penasihat akademik untuk info lanjut.

No comments:

Post a Comment

Laman web Politeknik Merlimau

About Me

My photo
its want i seen and share with other people